Laman Vistana Guesthouse Alor Setar · C7, Jalan Vistana 2A/1, Taman Vistana, 05460 Alor Setar, Kedah


SYARAT DAN TERMA PENGINAPAN DI LAMAN VISTANA GUESTHOUSE

1. Penghuni perlu membuat bayaran penuh berserta deposit sekuriti (RM100) sebelum dibenarkan memasuki homestay.

2. Homestay ini mempunyai 5 bilik yang selesa untuk 10 tetamu dewasa. Pengurusan homestay membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 16 orang (termasuk dewasa dan kanak-kanak) yang termasuk di dalam bayaran sewa. Sebarang tambahan tetamu dicaj RM10/ tetamu untuk caj penggunaan utiliti. Sila maklumkan jumlah sebenar penghuni kepada pihak pengurusan homestay.

3. Penghuni tidak dibenarkan untuk menjemput tetamu luar tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan homestay terlebih dahulu. 

4. Waktu check-in adalah pada jam 3.00 petang manakala waktu check-out pada jam 12.00 tengahari. Kelewatan check-out akan dikenakan bayaran sebanyak RM 30/ setengah jam. 

5. Penghuni bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa menginap di sini. Penghuni tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah ini. 

6. Keselamatan seluruh ahli keluarga dan barangan penghuni adalah tanggungjawab penghuni sendiri. Pastikan pintu dan tingkap serta pintu pagar dikunci semasa anda tidur atau keluar.

7. Penghuni tidak dibenarkan mengubah susunan perabot yang ada di dalam rumah. 

8. Penghuni perlu memastikan semua suis termasuk aircond, kipas, lampu, televisyen ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay. 

9. Penghuni diminta agar dapat menjaga kebersihan di homestay ini. Sila buang semua sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Sekiranya homestay ditinggalkan di dalam keadaan kotor, bayaran upah mencuci homestay akan dikenakan sebanyak RM 50.00.

10. Hanya peralatan memasak elektrik sahaja disediakan dan dibenarkan sekiranya penghuni ingin memasak.

11. Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah DILARANG di dalam bilik dan di dalam rumah. Sekiranya penghuni ingin merokok, sila merokok di luar rumah.

12. Penghuni diminta menjaga tanaman-tanaman di homestay ini dan tidak mematahkan atau merosakkannya. 

13. Penghuni DILARANG membawa makanan tidak halal serta minuman alkohol ke dalam homestay. Penghuni juga tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan masuk ke dalam homestay. 

14. DILARANG melakukan aktiviti maksiat seperti berkhalwat atau penyewaan pasangan bukan muhrim. 

15. Penghuni diharap tidak membuat bising hingga mengganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sebarang aktiviti perlu tamat sebelum jam 12.00 tengah malam. 

16. Sila pastikan kenderaan diparkir di tempat yang disediakan dan tidak mengganggu laluan jalan.

17. PIHAK PENGURUSAN BERHAK SEPENUHNYA UNTUK MEMINTA PENGHUNI MENINGGALKAN PREMIS HOMESTAY SERTA MERTA SEKIRANYA SYARAT DAN PERATURAN TIDAK DIPATUHI.

18. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan kepada peralatan homestay, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau mengambil deposit sekuriti atau melaporkan kecurian kepada pihak polis. 

19. Bayaran deposit sekuriti akan dipegang oleh tuan rumah dan dipulangkan selepas checkout (dalam tempoh 48 jam). Deposit sekuriti akan dipotong di dalam keadaan berikut:

a. Kehilangan/ kerosakan barang, nilai deposit bersamaan nilai barangan
b. Kelewatan check out, RM30/ setengah jam
c. Rumah ditinggalkan kotor, RM50 untuk upah pencucian tambahan

20. Sebarang kerosakan atau masalah sewaktu menghuni di sini, penghuni boleh hubungi pihak pengurusan homestay.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN/ PUAN

PIHAK PENGURUSAN
 
LAMAN VISTANA GUESTHOUSE ALOR SETAR